Buli Siber Lebih Menyakiti Berbanding Buli Biasa?

 Dikatakan kemudaratan daripada buli siber boleh menjadi lebih buruk daripada kesan buli biasa. Buli siber boleh memberi kesan pada mangsa seburuk atau lebih buruk daripada buli berdepan.
Kadang-kadang pemangsa menyembunyikan identitinya, menyebabkan mangsa sukar melawan atau mempertahankan diri, demekian menurut pakar psikologi Goh Chee Leong, Dekan Fakulti Sains Tingkah Laku di Universiti HELP.
Ketika ditanya apa yang boleh dilakukan jika seseorang itu dibuli dalam talian, Goh berkata sukar untuk memberi nasihat kecuali semua faktor berkaitan buli itu dapat ditentukan.
Kadang-kadang pemangsa menyembunyikan identitinya, menyebabkan mangsa sukar melawan atau mempertahankan diri.  Tambahan pula, mungkin lebih daripada seorang yang membuli. Mungkin 20 atau 50 orang turut serta, kata Goh.
Bagaimanapun kata Goh, seseorang itu mesti melindungi harga diri sebanyak mungkin dari terjejas apabila anda dibuli.
Selain itu seseorang yang terjejas  itu penting mendapatkan sokongan daripada kawan-kawan atau keluarga.
Mangsa buli juga perlukan sokongan orang yang menyayangi dan menghargai nilai diri mereka. Jangan terpengaruh dengan pesanan-pesanan negatif daripada orang yang tidak mengenali diri anda, kata  nya.
Baru-baru ini, Wanita DAP Selangor menggesa rakyat supaya beradab dalam hubungan dalam talian mereka, dan membidas perkongsian serangan peribadi di media sosial.
Wanita DAP Selangor tidak menamakan mana-mana individu atau isu politik tertentu yang terlibat dalam buli siber itu, tetapi dipercayai mereka merujuk kepada serangan yang ditujukan terhadap penyokong kempen #UndiRosak Maryam Lee.
Serangan itu dilihat di platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp serta dalam ruangan komen laporan yang disiarkan oleh portal berita.
Dalampada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata  satu akta baharu telah di gubal untuk menangani penularan berita palsu yang akan memperjudikan keselamatan negara, sekali gus menafikan dakwaan ia akan digunakan untuk kepentingan politik semata-mata.
Akta berkenaan bukan sekadar menangani penularan berita palsu menerusi dalam talian, sebaliknya merangkumi penyebaran surat layang dan dokumen yang berupaya meranapkan kredibiliti seseorang.
Peruntukan undang-undang ini akan turut memberi manfaat kepada pembangkang, katanya.

Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian