Kabinet Kerajaaqn Baru Shafie Angkat Sumpah: GST Kadar Sifar Mulai 1 Jun?

Berita menarik minggu ini ia lah bilamana Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk dua ADUN yang dilantik mengangkat sumpah sebagai anggota jemaah menteri Sabah baharu dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengangkat sumpah di Istana Negeri.
Dalam masa yang sama Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa Bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia serta diimport dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus akan dihapuskan berkuat kuasa 1 Jun ini.
Kementerian Kewangan memaklumkan, langkah itu akan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.
Bagaimanapun penetapan berkenaan tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan daripada GST.
Dalam hal yang berkaitan dengan kerajaan baru Shafie, 18 ADUN dikatakan turut mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri.
Antaranya, ADUN Sri Tanjong, Jimmy Wong, ADUN Inanam Kenny Chua, ADUN Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho, ADUN Bongawan, Dr Daud Yusuf, ADUN Moyog, Jennifer Lasimbang, ADUN Kapayan Jannie Lasimbang, ADUN Petagas, Uda Sulai,ADUN Karambunai, Azhar Matussin dan ADUN Merotai, Saripuddin Hatta.
Tambah menarik lagi kerana tiga kementerian baharu ditubuhkan iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Pelajaran dan Inovasi dan Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri.
Sumber: Agensi berita
Comments
Post a Comment