Semua ADUN BN,Star DiJangka Tinggalkan Parti, Sertai PBS - Jeffrey Kitingan?

Di petik dari Utusan Online kelmarin sebagai berkata bahawa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Sta) dijangka meninggalkan parti masing-masing termasuk UMNO untuk memerintah Sabah di bawah parti tempatan.
Kenyataan ini di buat oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang baharu dilantik baru-baru ini.
Menurut beliau, Pengerusi BN, Tan Sri Musa Aman yang juga Ketua Menteri akan turut berbuat demikian.
Walaupun Jeffery tidak menyatakan parti tempatan mana yang akan dipilih, namun spekulasi mengatakan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan menjadi platform.
Dipandang dari satu sudut tindakan ini pasti nya akan disukai oleh sebilangan rakyat Sabah yang selama ini mendokong ideologi ‘Sabah For Sabah’ khusus nya dari pehak parti STAR dan juga PBS.
Namun begitu kita tidak dapat mengesahkan sama ada semua penyokong akar umbi UMNO akan setuju dengan idea ini.
Kalau kita imbau kembali sejarah lama, UMNO di impot dari Malaya ada lah kerana majoriti dari rakyat yang beragama Islam merasakan mereka seakan-akan tidak banyak mendapat tempat dalam pentadbiran kerajaan PBS ketika itu.
Sehingga lah komponen BN yang diterajui oleh UMNO mengambil alih tampok kerajaan selepas itu sehingga sebelum PRU14.
Dijangkakan kalau cadangan ini akan direalisasikan oleh Musa dan Jeffrey serta kabinet baru beliau, berkemungkinan impak nya ia lah ahli-ahli UMNO yang masih taat setia kepada perjuangan parti tersebut akan protes.Justeru secara logik nya mereka akan bertindak beramai-ramai menolak cadangan tersebut dan akan kekal sebagai ahli UMNO atau pun ada dikalangan mereka yang akan menyertai parti Warisan.
Bagaimanapun setakat ini Musa Aman selaku ketua perhubungan UMNO merangkap pengurusi BN Sabah belum lagi membuat sebarang kenyataan resmi mengenai isu yang disuarakan oleh timbalan beliau Jeffery Kitingan.
Kalau dipandang dari satu sudut yang lain, kerajaan Musa bukan sahaja akan berhadapan dengan permasalahan kekurangan Ahli DUN tetapi juga ahli parti baru beliau pada keseluruhan nya.
Masalah ini termasuk pelbagai tekanan dari kerajaan pusat.
Sumber: UTUSAN ONLINE, Agensi Berita
Comments
Post a Comment