Mungkin kah Kota Belud, Pitas Dan Beaufort Tidak Tersenarai Dalam RM3 Billion Untuk Mengatasi Masalah Banjir?

 
Sabah memerlukan RM2.98 bilion untuk menyelesaikan masalah banjir di Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Junz Wong.

Malang nya tiga daerah yang tidak kurang hebat nya mengalami bencana banjir ia itu Kota Belud, Pitas dan Beaufort tidak disebut dalam kenyataan Juniz yang dipetik dari laman media sosial Borneo Today baru-baru ini.

Dalam kes ini, pemimpin atau Wakil Rakyat dari ketika-tiga daerah tersebut sebaik-baik nya tampil kehadapan berjumpa sendiri dengan Juniz atau pun Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran untuk menyuarakan isu ini secara proakitf agar daerah mereka tidak terlepas pandang dalam pengagihan peruntukan tersebut.

Dikatakan bahawa berdasarkan pelan mitigasi banjir yang dirancang kerajaan negeri, Kota Kinabalu memerlukan RM1.93 bilion manakala Penampang sebanyak RM600 juta dan Putatan pula memerlukan RM450 juta.

Sehingga kini kerajaan negeri dan persekutuan telah meluluskan RM512.05 juta untuk melaksanakan pelan mitigasi di ketiga-tiga daerah berkenaan iaitu RM95. 8 juta untuk Kota Kinabalu, RM365. 5 juta di Penampang dan RM50. 75 juta bagi Putatan, kata Juniz.

Bercakap dengan pemberita selepas mengadakan perbincangan mengenai masalah banjir bersama wakil rakyat dan pemimpin masyarakat di ketiga-tiga daerah itu, di sini, beliau berkata antara pelan yang dilaksanakan ialah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Moyog dan Pelan Induk Saliran Mesra Alam di Menggatal, Telipok dan Tuaran.

Antara projek yang sedang berjalan pada masa ini ialah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kibabaig, dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog pakej satu dan tiga, kata Junz.

Sumber: Borneo Today, Utusan Borneo, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian