USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang


Baru-baru ini saya telah berkesempatan bertemu dengan Presiden USNO Baru Saudara Ibrahim Lingam di Tuaran dan di samping itu saya juga sempat menemuramah beliau secara ringkas mengenai activiti USNO dimasa kini dan juga dimasa akan datang.

Beliau berkata bahawa USNO akan meneruskan usaha mengemaskini jentera parti khususnya di peringkat Bahagian; Bertindak mengenalpasti dan selanjutnya melantik Ketua dibahagian didaerah tersebut.

Sebagai langkah pertama USNO telah memilih 6 Bahagian di negeri Sabah termasuk daerah Kota Belud dan juga Tuaran. Selain nya, saya kurang pasti(saya tidak tanya).

Menurut Ibrahim, Ketua Bahagian tersebut akan memilih Ahli Jawatan Kuasa penaja terdiri dari seorang Timbalan, 3 orang Naib Ketua, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Penarangan dan beberapa orang lagi AJK selaku ketua biro yang akan ditetapkan nanti.

Dalampada itu, Ibrahim juga telah menyatakan bahawa parti itu akan berkerjasama dengan parti-parti PBS dan STAR selaku parti tempatan dalam usaha memperjuangkan hak Sabah dalam Malaysia.

Selain itu, Ibrahim juga menyatakan bahawa parti USNO bertekat serius untuk mengetengahkan muka-muka baru terdiri dari mereka yang berpendidikan dan berpengalaman termasuk golongan anak-anak muda yang bersedia untuk berkecimpong dalam dunia politik alaf baru ini.

Difahamkan bahawa beberapa orang ahli Koprat Nasional bersedia dalam kadar bila-bila masa untuk membantu parti tersebut dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya akan datang.

Sumber: Presiden USNO, Penulis

Comments

Popular posts from this blog

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?