USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian


Baru-baru ini saya telah berkesempatan berjumpa dan berbicara dengan 2 orang AMT USNO baru, di Tuaran.

Perbualan kami lebih berkisar kepada aktiviti parti selepas berjaya mengadakan masyuarat Agung dan membentuk AMT yang baru.

Berbeza dengan parti lain, yang seakan-akan sibuk dengan agenda menyelamatkan kesinambungan kuasa kepemimpinan mereka, USNO lebih fokus kepada penyusunan struktur organisasi parti diperingkat bahagian (perengkat Parlimen) dan juga kawasan(DUN).

Antara lain, langkah pertama parti ada lah mencari dan selanjutnya melantik beberapa orang Ketua Bahagian selaku penaja dalam usaha memperkemaskan jentera parti di daerah-daerah, negeri Sabah.

Dijangka Ketua Bahagian ini akan dibantu oleh beberapa orang pemimpin selaku Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Bahagian untuk merekrutkan ahli baru disamping menerangkan dasar dan hala-tuju parti.

Bagaimanapun kedua-dua AMT itu mengakui bahwa bukan kerja yang mudah untuk mengenal pasti calon-calon atau individu menjawat jawatn ketua bahagian yang dikatakan mempunyai ciri-ciri pemimpin yang pengalaman, pendidikan serta kemampuan merancang strategi parti diperengkat bahagian tersebut.

Dalampada itu , dengan harapan setelah pencarian dan perlantikan ketua-ketua bahagian tersebut selesai, mereka yang terpilih akan dijemput bersama menghadiri masyuarat di peringkat AMT dimasa akan datang nanti.

Sumber: AMT USNO, Penulis

Comments

Popular posts from this blog

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?