PH Bertunjangkan 4 Parti Tetapi Kekuatannya Adalah Suara Rakyat Melalui NGO, Aktivis?

 
Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu memang bertunjangkan 4 parti tetapi kekuatannya adalah suara rakyat terbanyak. 
Justeru PH perlu  mengekalkan tradisi berunding dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat.
Anwar yang juga merupakan Ketua Umum PH mengingatkan rakyat menyokong PH kerana mereka membawa agenda perubahan melawan keangkuhan kuasa, rasuah, kronisme dan kleptokrasi.
Pakatan Harapan telah mula bertapak dengan meyakinkan, dan terbukti mampu menggembeling semua kekuatan lama dan baru.
Malah ia telah mengejutkan pemerhati politik yang curiga akan kemungkinan tercapainya muafakat dikalangan tokoh, wadah dan kecenderungan yang berbeza.
Ini berlaku kerana tumpuan utama PH adalah kepentingan dan kemaslahatan rakyat, kata Anwar menerusi satu  kenyataan.
Selain itu, Beliau turut mengingatkan gabungan pembangkang akan ancaman aliran perkauman melampau dan kefanatikan agama.
Terdahulu, Tenaganita bersama 16 badan bukan kerajaan (NGO) serta 107 aktivis demokrasi merayu rakyat membuat keputusan yang betul dengan menolak Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Gabungan NGO itu khuatir pencalonan Dr Mahathir dan Najib untuk pilihan raya umum ke-14 akan menjadi “perlumbaan” yang akan membawa implikasi buruk kepada aktivisme politik yang muncul dan telah mencapai kemajuan besar sejak 2008.

Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian