Pertukaran Kerusi DUN Kadamaian Kepada UPKO Mengakhiri Era kegemilangan Dinasti PBS Di Kota Belud?



Walaupun Parti Bersatu Sabah Kadamaian berkeyakinan akan diberi mandat untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-14 ini, namun pada realitinya kerusi BN tersebut diwakilkan kepada Ewon Benedick (gambar kanan) dari UPKO.

Apa pun alasan dan logik nya keputusan menukar status kedua-dua kawasan tersebut namun serba sedikit ia nya dikatakan akan menjejas sentimen 6,000 ahli PBS Kedamaian yang sedia ada.

Dengan itu ia nya seakan-akan satu simbol berakhirnya era dinasti kegemilangan PBS di Kota Belud yang pernah mewakili DUN Tempasuk, DUN Kadamian dan Parlimen Kota Belud.

Sebelum ini dilapurkan portal berita Borneo Today  AJK Bahagian bersama Pergerakan Pemuda dan Wanita dalam satu masyuarat khas telah memutuskan untuk menyampaikan bantahan keras kepada kepimpinan tertinggi parti berhubung dengan cadangan pertukaran kawasan antara PBS Kadamaian dan UPKO Bingkor melalui Biro Politik Pusat.

Demis Rumanti  selaku Ketua Bahagian PBS Kadamian begitu yakin permohonan untuk mengekalkan kerusi tersebut kerana menurut beliau Presiden Parti Joseph Pairin Kitingan telah membuat pengesahan dalam perjumpaan dengan Biro politik Parti di Ibu Pejabat PBS sebelum penanamaan calon baru-baru ini bahawa PBS akan mewakili BN bertanding di DUN Kadamian pada PRU 14 ini.

Tambah Demis, formula pertukaran antara Kerusi UPKO Bingkor dan PBS Kadamaian tidak menguntungkan BN kerana ia akan mengalihkan sokongan undi kepada pembangkang yang mengakibatkan kedua dua kawasan Dewan Undangan Negeri akan kalah sekali lagi.

Bukan sahaja kawasan DUN tetapi ianya melibatkan permasalahan di Parlimen Kota Belud dan juga Parlimen Keningau, kata Demis.

Selanjutnya menurut Demis, PBS Kadamaian juga telah berkerja keras berdamping dengan masyarakat bagi menebus kekalahan pilihanraya yang lepas.

Bagaimanapun cita-cita itu hanya tinggal kenangan, namun demekian diharap ahli dan pemimpin PBS akan terus membantu kemenangan BN di DUN Kadamaiandan juga Parlimen Kota belud pada PRU14 ini.

Sumber: Borneo Today, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian