Harga Barang, Perkhidmatan Turun Dengan Kadar Sifar GST?

Menurut Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim harga barangan dan perkhidmatan dijangka turun susulan pengumuman kerajaan baru mengenai penetapan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun, 2018
Muhammad Ibrahim berkata penting bagi semua pihak berkuasa berkaitan memastikan perniagaan memberi manfaat kepada rakyat secara meluas.
Kemungkinan besar ia tidak akan memberi kesan ke atas inflasi bagaimanapun masih terlalu awal untuk kita menilai (kadar inflasi) ketika ini, kata nya.
Mengenai dasar monetari, beliau berkata BNM sentiasa melihat kadar inflasi berasaskan keutamaannya.
Muhammad berkata bank pusat juga akan menilai punca tekanan defisit fiskal dan implikasi pelbagai inisiatif selepas kesemua itu diumumkan dan akan menyelaraskan dasar monetari sewajarnya.
Selain itu, beliau berkata ringgit kekal stabil walaupun berlaku perubahan kerajaan baru-baru ini, melangkah ke hadapan, ia dijangka terus mencerminkan asas-asas ekonomi.
Akan wujud banyak gangguan dalam jangka pendek yang akan menjejaskan ringgit tetapi bagi jangka sederhana dan panjang, ringgit akan menyesuai untuk menunjukkan asas-asas ekonomi, katanya.
Sumber: FMT, Agensi Berita
Comments
Post a Comment