Pakatan Harapan Guna Logo PKR Dalam PRU14 : Logo Roket ‘Direhatkan’?


Pengumuman itu dibuat Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Jelajah Harapan di Taman Bukit Dahlia, di Pasir Gudang, Johor.
Dalampada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini berkata keputusan parti itu “merehatkan” simbol roketnya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) supaya pengundi boleh membuat keputusan jelas.
Katanya, langkah itu satu pengorbanan buat DAP bagi mencapai matlamat lebih besar untuk menawan Putrajaya.
“Ya, buat pertama kali, kami akan merehatkan roket supaya orang ramai mempunyai keputusan jelas semasa mengundi,” kata Lim
Katanya, penggunaan satu logo sama itu akan membantu calon PPBM, selepas parti itu dibubarkan sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) semalam atas dakwaan melanggar peraturan persekutuan.
Sumber: Bernama, FMT, Agensi
Comments
Post a Comment