Tak Boleh Jumpa Kerana SPR Sibuk Kata Tun M?


Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh bertemu pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mendapatkan pengesahan tentang pengunaan lambang PKR oleh parti-parti pembangkang lain.

Pengerusi PH mendakwa surat SPR kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata pertemuan tidak dapat diadakan kerana ada urusan yang tidak dapat dielak.


“Kita berikan tarikh 10 April untuk bertemu tetapi mereka pula kata tidak boleh jumpa kononnya sibuk. SPR sepatutnya ditubuh untuk bantu pilihan raya dilakukan dengan cara baik, tertib dan aman.
“Tetapi SPR pula tidak rela berjumpa. Inilah masalah yang dihadapi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM,” kata Saifuddin baru-baru ini.


Saifuddin sebelum ini menghantar surat kepada Penasihat Undang-Undang SPR, Azizah Md Arshad meminta satu pertemuan diadakan bagi menjawab beberapa persoalan berkenaan penggunaan lambang PKR oleh PPBM, DAP dan Amanah.

Ketiga-tiga parti mahu menggunakan lambang PKR selepas mereka gagal mendaftarkan Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum.
Surat itu, yang dibacakan Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media tadi berbunyi, SPR tidak dapat mengadakan pertemuan pada tarikh yang dipohon kerana ada urusan di mahkamah.

Menurut surat itu lagi, SPR dalam usaha memuktamadkan perkara berkaitan pilihan raya dan isu yang ditimbulkan kepadanya, dan memohon gabungan pembangkang menunggu makluman daripadanya.


“Jangan nanti di saat terakhir, sewaktu hendak menamakan calon keluar pula arahan bahawa tidak boleh pakai lambang PKR hingga kita tidak dapat bertanding dan BN menang tanpa bertanding,” kata Dr Mahathir.


Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pihak tertentu yang kononnya badan itu enggan bertemu dengan mereka bagi membincangkan tentang penggunaan lambang parti pada pilihan raya umum kerana terlalu sibuk.

SPR dalam kenyataan hari ini menjelaskan, pejabat penasihat undang-undang suruhanjaya itu menerima surat secara serahan tangan oleh wakil pihak berkenaan pada Khamis lepas dan bercadang untuk mengadakan pertemuaan pada pukul 10.00 pagi semalam.

Katanya pada hari yang sama, maklum balas segera diberikan pejabat tersebut bagi menjelaskan tarikh yang dicadangkan itu tidak dapat dipenuhi kerana perlu menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.


“Dalam maklum balas tersebut juga pihak pejabat penasihat undang-undang turut memaklumkan bahawa perkara-perkara yang ingin dibincangkan itu sedang dalam proses untuk dimuktamadkan oleh SPR dan akan dimaklumkan kepada semua pihak yang berkepentingan khususnya parti-parti politik dalam masa terdekat dan berharap pihak terbabit menunggu pemakluman rasmi oleh SPR,” kata SPR.


Menjelas lanjut, SPR berkata pendekatan rasional itu diambil kerana pejabat penasihat undang-undang berpendapat isu yang ditimbulkan oleh parti berkenaan juga melibatkan parti-parti lain.

SPR berkata atas dasar untuk memberi penerangan dan penjelasan yang tidak hanya tertumpu kepada parti tersebut sahaja, adalah wajar makluman dan hebahan secara rasmi dikeluarkan oleh SPR dan bukan oleh pejabat penasihat undang-undang.


“Dalam menilai keseluruhan isu-isu yang timbul adalah wajar pihak-pihak terbabit memberi ruang kepada SPR untuk mencapai satu keputusan yang tepat dan terbaik demi kepentingan semua pihak,” katanya.


Sumber: FMT, Agensi

.

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian