Jika Ada Unsur Rasuah Dalam PRU14 Di Sabah, Tindakan Tegas Akan Di Ambil Terhadap Mereka Yang Terlibat: PM ?

Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang kronik namun Tan Sri Musa Aman masih lagi bergayut (bergantung) kepada kuasa yang diberi oleh Yang Dipertua Negeri Sabah sebagai Ketua Menteri; sinonim dengan istilah Perumpamaan orang-orang Bajau, ‘ngentan tak kayu matai ngentan sepatai-patai’ dengan bermaksud ‘bertahan walaupun tiada harapan’.
Dari apa yang kita lihat, banyak perkembangan baru yang telah berlaku, antara nya ia lah isu Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Afdal menuntut untuk mengambil kerajaan kerana beliau dikatakan kini mempunyai 36 ADUN tambahan dari pelbagai parti yang telah menyuarakan sokong kepada beliau.
Walaupun banyak perkembangan terbaharu di Sabah namun berita yang menarik pada saya ia lah kenyataan serius Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengambil tindakan kepada sesiapa yang terlibat melakukan manipulasi dalam perjalanan PRU di Sabah baru-baru ini khusus nya kes pengiraan undi berganda di beberapa kawasan termasuk di kawasan Musa sendiri di Sandakan.
Menurut Tun M di Sabah WARISAN dilapurkan telah memenangi 35 kerusi tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus melakukan kiraan semula sehingga kerusi yang dimenangi parti itu menurun menjadi 29 kerusi.
Selain itu, Tun M juga mendapati bahawa terdapat kes membeli wakil rakyat bertujuan untuk membentuk kerajaan. Menurut Tun M kerajaan melihat apa yang dilakukan itu adalah berbentuk rasuah.
Katanya kerajaan boleh menerima jika ada wakil rakyat yang berpindah parti atas dasar prinsip namun andainya mereka 'dibeli' ia dianggap tidak wajar.
Kami tidak mengiktiraf ini sebagai perubahan kerajaan yang betul, katanya.
Dalam hal ini pasti nya Musa tidak akan dapat menjalankan tugas harian beliau dengan sepenuhnya kerana senentiasa dihantui oleh pelbagai siasatan yang akan di kenakan oleh PM Tun M.
Sumber: The Star, FMT, Agensi Berita
Comments
Post a Comment