Kemenangan PH Menamatkan Pemerintahan BN Selama lebih 60 Tahun: Shafie Di Jangka KM Baharu Negeri Sabah?

Dikatakan kekalahan BN yang gah selama ini turut dibantu oleh pengaruh besar media sosial yang dimanfaatkan pembangkang dengan memainkan isu peningkatan kos sara hidup yang memberikan impak terhadap keupayaan berbelanja setiap orang selepas Najib memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus pada 2014 dan beberapa faktor yang lain.

Populariti BN kian merudum dalam tempoh beberapa tahun lepas berikutan kegagalan 1MDB yang menghantui Najib ditambah dengan masalah kewangan dalam Felda yang menjejaskan pekebun kecil kelapa sawit dan terbaru undang-undang kontroversi seperti Akta Antiberita Tidak Benar yang secara tergesa-gesa diluluskan di Parlimen sejurus sebelum pembubaran pada 7 April.

Bakal Perdana Menteri baru Tun Dr Mahathir bagaimanapun telah mengikrarkan sebagai aku janji dalam manifesto pilihan raya PH untuk memansuhkan GST sekiranya parti itu berkuasa dan nasib sama menanti undang-undang Antiberita Tidak Benar.

Sabah dan Sarawak, yang selama ini dianggap negeri 'deposit tetap' BN kerana sentiasa menyumbangkan kerusi Parlimen untuk membolehkan BN terus menguasai Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, runtuh oleh kuasa sejumlah besar pengundi Generasi Y.

Sabah yang dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman selama 15 tahun lepas masih lagi terikat dengan kebuntuan di peringkat Dewan Undangan Negeri berikutan BN memenangi 29 kerusi, Warisan 21, DAP dan PKR (kedua-duanya dalam PH) masing-masing dengan enam dan dua kerusi manakala dua lagi kerusi dimenangi Parti Solidariti Tanahairku.

Bagaimanapun menurut sumber parti STAR akan bergabung dengan kumpulan Warisan bersama Pakatan Harapan dijangka akan membentuk kerajaan dalam masa terdekat.

Dikatakan rundingan tersebut termasuk melantik Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang memenangi DUN Tambunan akan di lantik menjawat jawatan salah satu Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Selain itu ada juga berita yang mengatakan Parti UPKO juga sedang berunding untuk bersama Warisan-PH dalam membentuk kerajaan negeri selanjutnya.

Dengan ini Pakatan Harapan (PH), gabungan empat parti politik pembangkang bersama Warisan yang baru dibentuk, menang besar pada pilihan raya umum Malaysia yang baru berakhir, sekaligus menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia hampir 93 tahun, berjaya dalam apa yang dilihat sebagai tugas mustahil untuk meraih sokongan besar rakyat bagi memecahkan genggaman kuasa BN yang sebelum peristiwa bersejarah hari ini, merupakan parti politik paling lama memerintah.

Dr Mahahir dijangka akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Dr Mahathir ialah Perdana Menteri keempat dan merupakan orang yang sama mengetuai kejayaan BN dalam pilihan raya umum lima tahun berturut-turut dari 1982 hingga 1999.

Manakala di Sabah disebut-sebut Datuk Seri Shafie Afdal juga akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baru negeri Sabah dalam masa terdekat.

Sumber: Bernama, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian