keputusan Gabungan Parti Sarawak Meninggalkan BN Memberi Impak Besar Kepada Perubahan Umno?

Keputusan PBB, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) untuk keluar dari BN juga memberi impak yang besar ketika UMNO merangka struktur dan rupa bentuk baru, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin
Bagaimanapun beliau memahami keputusan parti-parti Sarawak yang terpaksa meninggalkan BN walaupun selepas lebih setengah abad bekerjasama.
Beliau berkata pengaturan semula ini melambangkan permulaan hubungan politik baru antara Tanah Melayu dan Sarawak, selepas kekalahan mengejut Barisan Nasional di peringkat persekutuan.
Khairy berkata hubungan mesti dibina atas pemahaman dan penghayatan sebenar Perjanjian Malaysia 1963 yang perlu dihormati untuk kebaikan rakyat Sarawak.
“Saya ingin menyeru rakan-rakan dalam Umno dan komponen parti BN di seluruh negara untuk sama-sama menerima dan bukan berkecil hati dengan keputusan rakan-rakan kita di Sarawak,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg mengumumkan PBB, SUPP, PRS dan PDP meninggalkan BN dan membentuk pakatan baru dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Sumber: FMT, Agensi Berita
Comments
Post a Comment