Shafie Keluar Parti Kerana Mahu Jawatan TPM Selepas Gagal Mendapat Jawatan KM Sabah, Kata Musa

Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal dikatakan dalam kenyataan baru-baru ini berkata Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman “tidak berasa selesa semasa saya menjadi naib presiden Umno”.
Barangkali sekarang apabila saya mengetuai Warisan, Musa melihat saya sebagai ancaman lebih besar kepada pentadbirannya dan hayat Umno di negeri ini, kata Shafie.
Bagaimanapun,Musa Aman mengingatkan Presiden Shafie Apdal bahawa dia terpaksa keluar Umno selepas menyedari dia tidak mungkin dapat menenuhi cita-cita besarnya.
Selepas gagal mendapatkan jawatan ketua menteri Sabah seterusnya, Shafie bekerjasama dengan seorang lagi penentang, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan mahukan jawatan timbalan perdana menteri.
Beliau berkata tidak boleh dinafikan lagi bahawa Shafie “menikam belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak”.
“Bukan saya mahu mengacum tetapi saya perlu cakap sesuatu. Mari berterus terang. Sebab itu kenapa beliau memilih untuk keluar parti,” kata Musa.
Beliau menambah Shafie terlebih dahulu membuat perjanjian dengan “penentang-penentang”, termasuk bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Mendakwa bahawa beliau lebih mementingkan ‘masa depan negara’ berbanding persahabatannya dengan Najib adalah satu jenaka,” katanya.Musa menyeru Shafie supaya menunjukkan sedikit kematangan berpolitik daripada berkelakuan seperti budak sekolah dengan mengatakan beliau tidak selasa dengan kedudukannya sebagai naib presiden.“Jika saya rasa tidak selesa, saya sendiri akan bertanding untuk jawatan itu. Bukan sahaja saya tidak bertanding bagi jawatan naib presiden, saya juga tidak bertanding bagi jawatan majlis tertinggi. Saya tidak berbuat demikian kerana komitmen saya sebagai ketua menteri,” katanya.
Sumber: FMT, Agensi Berita
Comments
Post a Comment