Masa Depan Rakyat Tuaran Dipersimpangan Dilemma?

Selaku salah seorang pengundi di Tuaran, saya melihat Politik disini sedang bergolak (dipersimpangan delimma) kerana Ahli parlimen (MP) nya yang pada mula nya bersama yang lain dalam BN telah memilih untuk berkongsi kuasa dengan WARISAN dan sekutunya PH berserta beberapa orang ADUN yang lain dari UMNO.
Dengan itu pasti nya situasi perayaan rasmi 'Tadau Kaamatan' dan mungin juga Hari Raya Idilfitri' di Tuaran tidak lagi semeria saperti tahun-tahun sebelum nya.
MP Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau merangkap Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) selain dari menyertai Warisan dan seketu nya PH (melalui skim YB lantikan) telah dinobatkan sebagai Timbalan ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Menteri Perindustrian Negeri.
Mendengar suara hati rakyat Tuaran (bukan penyokong dan ahli UPKO) kebanyakkan mereka yang saya temui meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Madius meninggalkan keluarga dari parti BN yang membantu memenangkan beliau pada PRU14 baru-baru ini.Ada yang berpendapat bahawa tindakan beliau ini akan menjejas karir politik beliau di masa akan datang.
Bagaimanapun dari sudut positif nya ada juga berpendapat bahawa tindakan cepat lagi lagi cekap dari Madius serba sedikit akan menyelamatkan daerah Tuaran dari dilabelkan sepenuhnya sebagai HITAM atau pun Kelabu oleh kerajaan Warisan, PH dan UPKO dan juga kerajaan Perseketuan.
Tertaklok kepada sudut mana yang kita lihat (tanpa di kongkong oleh perasaan emosi) , secara keseluruhan nya tindakan Madius ada lah bijak kerana sekurang-kurang nya mampu membantu rakyat Tuaran dari aspek pembangunan dan juga pengagihan peruntukan di semua kawasan yang DUN nya diwakili oleh pembangkang.
Dengan bermaksud DUN Tamparuli (Datuk Jahid Jahim - PBS/BN), Kiulu (Datuk Joniston Bangkuai - PBS/BN) dan DUN Sulaman ( Datuk Seri Hajiji Noor- UMNO/BN).
Sekira nya Madius kekal bersama BN pasti nya pengagihan peruntukan kepada Tuaran akan bercelaru dan mungkin tidak akan menapati sasaran saperti mana sebelum nya.
Bagaimanapun apa kah mekanisma dan wawasan Madius untuk membangun serta menyalurkan peruntukan tersebut khususnya kepada masyarakat Bajau-Samah Tuaran (yang kehilangan wakil rakyat dalam kerajaan) pasti nya kita akan nanti kan dengan penuh pesoalan.
Sumber: Agensi Berita, Ilham Penulis
Comments
Post a Comment