BN Sabah Di Nasihati Jangan Gunakan Hadiah Untuk Mendapat Sokongan


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah supaya memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan sokongan pengundi melalui kerja kuat, bukannya cuba menarik mereka dengan pemberian hadiah.

Timbalan perdana menteri mendakwa pemberian hadiah adalah kaedah digunakan sesetengah parti pembangkang bagi menarik rakyat ke program mereka.

Beliau mengakui ramai yang menghadiri beberapa himpunan pembangkang, tetapi ia disebabkan cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah seperti basikal, mesin basuh dan motosikal.

Zahid Hamidi menggesa parti komponen BN mengelakkan cara demikian bagi menunjukkan mereka mendapat sokongan kerana lebih baik mereka memastikan jentera BN bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dalampada itu, Zaid Hamidi menyatakan keyakinan bahawa di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, BN Sabah akan terus bergerak ke depan.


Sumber: FMT, Agensi Berita


Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian