Posts

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Image
Baru-baru ini saya telah berkesempatan bertemu dengan Presiden USNO Baru Saudara Ibrahim Lingam di Tuaran dan di samping itu saya juga sempat menemuramah beliau secara ringkas mengenai activiti USNO dimasa kini dan juga dimasa akan datang. Beliau berkata bahawa USNO akan meneruskan usaha mengemaskini jentera parti khususnya di peringkat Bahagian; Bertindak mengenalpasti dan selanjutnya melantik Ketua dibahagian didaerah tersebut. Sebagai langkah pertama USNO telah memilih 6 Bahagian di negeri Sabah termasuk daerah Kota Belud dan juga Tuaran. Selain nya, saya kurang pasti(saya tidak tanya). Menurut Ibrahim, Ketua Bahagian tersebut akan memilih Ahli Jawatan Kuasa penaja terdiri dari seorang Timbalan, 3 orang Naib Ketua, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Penarangan dan beberapa orang lagi AJK selaku ketua biro yang akan ditetapkan nanti. Dalampada itu, Ibrahim juga telah menyatakan bahawa parti itu akan berkerjasama dengan parti-parti PBS dan STAR selaku parti tempatan

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian

Image
Baru-baru ini saya telah berkesempatan berjumpa dan berbicara dengan 2 orang AMT USNO baru, di Tuaran. Perbualan kami lebih berkisar kepada aktiviti parti selepas berjaya mengadakan masyuarat Agung dan membentuk AMT yang baru. Berbeza dengan parti lain, yang seakan-akan sibuk dengan agenda menyelamatkan kesinambungan kuasa kepemimpinan mereka, USNO lebih fokus kepada penyusunan struktur organisasi parti diperingkat bahagian (perengkat Parlimen) dan juga kawasan(DUN). Antara lain, langkah pertama parti ada lah mencari dan selanjutnya melantik beberapa orang Ketua Bahagian selaku penaja dalam usaha memperkemaskan jentera parti di daerah-daerah, negeri Sabah. Dijangka Ketua Bahagian ini akan dibantu oleh beberapa orang pemimpin selaku Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Bahagian untuk merekrutkan ahli baru disamping menerangkan dasar dan hala-tuju parti. Bagaimanapun kedua-dua AMT itu mengakui bahwa bukan kerja yang mudah untuk mengenal pasti calon

PPBM Boleh Satukan Rakyat Sabah?

Image
Naib Presiden PPBM Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman memarakkan lagi spekulasiParti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan melebarkan sayap ke Sabah selepas mengatakan parti itu boleh memainkan peranan menyatukan rakyat negeri itu. Beliau pada sidang media di Kota Kinabalu baru-baru ini berkata adalah sia-sia jika terlalu ramai parti dan rakyat berpecah belah. Nampaknya semenjak pemimpin kanan Umno Sabah  keluar beramai-ramai dari parti UMNO, saban hari kita mendengar atau melihat berita dari Sabah semakin menarik khususnya dari aspek politik. Apa yang jelas kerajaan negeri Sabah seakan-akan terasa kurang senang dengan perkembangan ini sehingga beberapa orang pemimpin kanan mereka menyuarakan pendapat bahawa PPBM tidak sepatutnya mencampuri hal-ehwal politik Sabah kerana pada PRU14, Tun M pernah menyatakan hasrat tidak akan menubuhkan parti tersebut diSabah. Dalam hal yang berkaitan dengan kata-kata ,’Politic is an art of polsibblity’ dan dengan tindakan pemimpin UMNO Sabah