Demi Perubahan Tiba Masa Maafkan Tun M?


Agak nya kebanyakan rakyat Sabah masih lagi mempersalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M)  yang didakwa memberikan kewarganegaraan melalui porojek IC pada pendatang asing.
Bagaimanapun Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berpendapat bahawa demi perubahan, rakyat Sabah harus belajar dari pemimpin DAP Lim Kit Siang dan pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaafkan bekas perdana menteri Tun M.
Kita manusia bukannya sempurna. Masing-masing ada kekurangan. Tun M memohon maaf dan permohonan maafnya diterima Anwar dan Lim. Kita patut tanya mengapa mereka terima permohonan maaf itu.
Demi negara dan keinginan terhadap perubahan lebih kuat daripada kemarahan maka Anwar dan Lim sedia ketepikan masa lalu supaya kerajaan Malaysia digantikan dengan kerajaan yang lebih baik, kata Shafie di sesi bertemu rakyat di Kota Belud.
Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu mengingatkan rakyat bahawa Mahathir ada lah individu yang menghidupkan semula Umno selepas parti itu diharamkan pada 1985. Tetapi hari ini, Mahathir bukan dengan niat jahat sedang bekerja keras untuk menewaskan Umno.
“BN berasa bimbang jadi mereka cuba memburukkan Dr Mahathir. Kita tahu Dr Mahathir berusia 92 tahun tetapi dia masih ada keupayaan berfikir dan pengalaman, kedua-dua perkara itu boleh memberi manfaat pada Malaysia.
“Beliau berjaya mengemudi negara keluar dari krisis kewangan 1977. Beliau tahu bagaimana untuk keluarkan negara dari masalah dan kita mahu pengetahuan itu,” kata Ahli Parlimen Semporna itu.
Negara dibebani hutang yang tinggi dan kerajaan mendapati semakin sukar menangani pinjamannya sebab itulah kerajaan memperkenalkan GST, katanya.
Warisan akan hapuskan GST kalau kita bentuk kerajaan. Ada banyak sistem lain yang boleh kita gunakan untuk jana hasil untuk negara. Kalau kita boleh urus kewangan negara dengan baik, kita tidak perlukan percukaian regresif, katanya.
Mengulas hubungan antara Warisan dan Pakatan Harapan yang diterajui Dr Mahathir, Shafie menegaskan pendirian parti untuk kekal bebas dan tidak akan menyertai gabungan itu.
Shafie berkata beliau sudah memberitahu Dr Mahathir bahawa peranannya ialah pastikan BN tumbang di Sabah 
sementara peranan Dr Mahathir pula ialah menumbangkan 
BN di Semenanjung.

Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian