Guru Boleh Berpolitik... Tetapi?

Guru-guru daripada Gred 41 hingga Gred 48 dibenarkan untuk berkecimpung dalam bidang politik berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam pekeliling bilangan 2010, namun mereka terlebih dahulu perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.
Beliau berkata kebenaran yang diberikan itu juga disertai dengan syarat tertentu kerana pihak kementerian tidak mahu mana-mana pegawai pendidikan yang memegang jawatan pentadbiran terlibat memegang jawatan politik, kerana ada perbezaan ketara antara dua tugas itu.
Selanjutnya beliau berkata bahawa dalam apa-apa kaedah dan panduan yang ditetapkan, adalah menjadi satu kelaziman ia dilengkapi dengan peraturan, yang mana sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan sebagai langkah kawalan.
Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda yang turut serta dalam persidangan media itu berkata berdasarkan liberalisasi kerajaan sebelum ini, penjawat awam memang dibenarkan berpolitik, asalkan tidak melanggar tatatertib dan etika.
Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda yang turut serta dalam persidangan media itu berkata berdasarkan liberalisasi kerajaan sebelum ini, penjawat awam memang dibenarkan berpolitik, asalkan tidak melanggar tatatertib dan etika.
Sebagai penjawat awam, semua memang sudah sedia maklum mereka terikat dengan Akta Rahsia Rasmi, dan jika hendak berpolitik atau memimpin negara – tiada masalah, asalkan mendapat kelulusan,kata Azih Muda.
Sumber: Bernama, Agensi
Comments
Post a Comment