Janji Manis PRU PH Semakin Menyerlah?

Nampak nya dalam usaha untuk menawan Puterajaya, Pakatan Harapan (PH) sejak akhir-akhir ini terlalu banyak buat janji manis PRU nya; melebihi komponen BN dan juga parti-parti pembangkang tempatan dari Sabah dan juga Sarawak.
Sebelum ini PH telah banyak membuat janji termasuk menyemak kembali Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan melakukan rundingan semula, menghapuskan GST, Kebebasan bersuara oleh individu dan media dan banyak lagi.
Terakhir kini, Pemuda Pakatan Harapan (PH) berikrar mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan buat anak muda dan menetapkan gaji minimum RM2,500 jika gabungan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Dikatakan, kenaikan gaji di negara ini begitu rendah iaitu sekitar 2.3 peratus berbanding Indonesia (4.6 peratus), Thailand (3.5 peratus), Vietnam (5.6 peratus) dan Filipina (2.5 peratus).
Naib Ketua Pemuda PH, J Arul Kumar berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal melakukan sebarang transformasi ekonomi yang mampu membantu golongan muda, khasnya dari segi peluang pekerjaan.
Ini termasuk penubuhan Dana Usahawan Belia untuk kawasan bandar dan luar bandar, Insentif Perkahwinan Belia RM500 bagi pasangan berusia 35 tahun ke bawah yang berkahwin pertama kali, menurunkan harga jalur lebar sebanyak 50% dan memastikan setiap kampung mempunyai akses telekomunikasi 4G.
Disamping itu, PH juga berjanji akan memberi lesen motosikal secara percuma, pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi awam dengan geran sara diri buat pelajar miskin dan sederhana.
Selain nya peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya perlu membuat pembayaran semula apabila gaji mereka mencecah RM4,000.
PH juga bercadang memperkenalkan;
1)kad bulanan pengangkutan awam bernilai RM100,
2)mengurangkan pekerja asing beransur-ansur,
3)menubuhkan pusat pekerjaan di setiap negeri,
4)menggabungkan badan perumahan berkanun sebagai badan perumahan berpatutan, berkualiti serta memperbanyakkan rumah mampu milik dan rumah sewa.
PH juga bercadang memperkenalkan;
1)kad bulanan pengangkutan awam bernilai RM100,
2)mengurangkan pekerja asing beransur-ansur,
3)menubuhkan pusat pekerjaan di setiap negeri,
4)menggabungkan badan perumahan berkanun sebagai badan perumahan berpatutan, berkualiti serta memperbanyakkan rumah mampu milik dan rumah sewa.
Mengulas lanjut, Arul berkata, peranan anak muda dalam PRU14 sangat penting kerana 40% daripada pengundi terdiri daripada golongan itu.
Katanya, PH perlu mendapatkan sokongan majoriti pengundi muda untuk menawan Putrajaya.
Sumber: Agensi Berita
Comments
Post a Comment