Presiden PCS Bersuara: PCS Pilih Parti Pembangkang yang Menginginkan Perubahan Rejim?



Parti Cinta Sabah mahu perubahan total rejim di peringkat Negeri dan juga peringkat persekutuan, justeru PCS membuat keputusan bahawa langkah terbaik bagi PCS ia lah menyerti parti  pembangkang yang mahukan perubahan  secara total, demekian kata Presidennya, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing.

Wilfred Mojilip berkata, PCS sebelum ini berharap gabungan parti pembangkang yang hebat dapat dibentuk di negeri ini yang turut disertai Parti Warisan Sabah (Warisan), Pakatan Harapan Sabah (Harapan) dan parti lain dalam Gabungan Sabah(GS).

Dikatakan  di peringkat awal, pembentukan GS oleh PCS, STAR dan SAPP dianggap sebagai idea yang mulia. GS akan dapat menghalang semua parti politik KDM dan Cina yang berpangkalan di BN membantu pihak pembangkang lain untuk menjatuhkan BN. 

Bagaimanapun, tindakan Yong Teck Lee (SAPP)  dan Jeffrey Kitingan (STAR)dilihat bertemu dengan Menteri Persekutuan dari UMNO,tanpa perbincangan dengan PCS terlebih dehulu, meragukan.

Justeru PCS memutuskan untuk meninggalkan GS kerana merasakan tidak dapat mencapai kerjasama yang sepatutnya disamping tiada ciri-ciri perpaduan dalam gabungan tersebut.

Dalampada itu, menolak tuduhan Yong Teck Lee kononnya, beliau menginginkan menjadi Ketua Pembangkang untuk tujuan dipilih menjadi Ketua Menteri sekiranya pembangkang negeri Sabah menang PRU14 akan datang.

Wilfred Mojilip menyatakan bahawa beliau tidak berpuas hati mengenai isu itu bukan tentang tidak mendapat jawatan ketua pembangkang tetapi ia nya dilihat bertentangan dari kontek persahabatan.

Ini pertanda bahawa semangat kemesraan tidak wujud sepenuhnya di Gabungan Sabah, kata Wilfred Mojilip.

Perjuangan untuk perubahan rejim total tidak boleh didengar dalam GS. Justeru ada lah tepat dan sesuai untuk PCS membuat keputusan untuk meninggalkan Gabungan itu dan berusaha memupuk kerjasama dengan parti-parti pembangkang yang suka berfikir yang juga mahu perubahan total rejim di peringkat Negeri dan juga peringkat persekutuan.

Sumber: Agensi berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian