Sabah Mampu Menandingi Singapura Dan Dubai?



Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata Kerajaan Negeri mahu Sabah setanding dengan Singapura dan Dubai menerusi pelaksanaan beberapa program transformasi, termasuk Tanjung Aru Eco Development (TAED).

Musa Aman berkata pembangunan TAED akan memperindah dan mengubah imej Kota Kinabalu sebagai ibu kota Sabah menerusi pembinaan hotel standard antarabangsa dan pelbagai kemudahan.

TAED adalah projek mega yang dilaksanakan dan diselia oleh Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dan dijangka siap pada tahun 2019.

Musa berkata Kerajaan Persekutuan juga memberi sokongan dengan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi pembangunan projek itu.


Pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), dijangka siap menjelang akhir tahun ini, dapat menarik lebih banyak aktiviti pelancongan di negeri ini dan meningkatkan pembangunan di negeri ini, kata Musa

Mengulas mengenai pendidikan, beliau berkata agenda pendidikan adalah fokus Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan modal insan yang lebih cekap di negeri ini.

Sumber: Sabah Daily Express, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian