Sekira Nya Di Bebaskan, Anwar Ibrahim Mampu Pengaruhi Keputusan PRU14?


Nampak nya ada juga yang berpendapat bahawa aura Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sangat kuat dalam mempengaruhi keputusan PRU14 akan datang.
Dalam hal ini, Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berpendapat  bahawa kerajaan BN perlu mengadakan PRU14 sebelum pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun hadapan. Atau lebih tepat lagi tarikh PRU14 perlu diadakan sebelum Ramadan.
Kebiasaannya, pilihan raya umum diadakan pada hari Sabtu. Jadi, tarikh terakhir untuk PRU14 adalah 12 Mei 2018. Cuma jangan sampai Anwar bebas. Nanti bermasalah, kata Mohd Redzuan.
Mohd Redzuan tahu bahawa Anwar  memang tak boleh bertanding, tapi beliau runsing bagaimana cara Anwar berkempen.

Beliau berkata, semasa PRU13 dulu, Anwar juga tak boleh bertanding tapi, mampu berkempen ke 12 lokasi dalam masa sehari.
"Itu sebab saya kata, Anwar bertanding bermasalah, tak bertanding pun masalah. Sama juga juga kalau beliau bebas masalah, tak bebas pun masalah.
"Pembubaran Parlimen boleh dibuat pada bulan April memandangkan tarikh akhir persidangan Dewan Rakyat adalah pada 4 April.
"Kalau Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak juga mengumumkan dan hanya membiarkan Parlimen terbubar sendiri, bermakna pilihan raya akan diadakan selepas hari raya Aidilfitri.
"Jangkaan saya 12 Mei itu hanya berdasarkan jika Najib bubar pada akhir Parlimen.
"Pilihan raya umum tidak dibuat pada musim banjir kerana ia melibatkan logistik yang besar, begitu juga tidak diadakan pada musim 
cuti sekolah kerana kemudahan lain sudah ada, 
tak perlu sekolah lagi," jelasnya.

Sumber: Sinar Harian, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian