Seruan Memaafkan Tun M Tidak DiTerima Baik Oleh Pemimpin Politik Negeri Sabah?

Seruan Datuk Seri Shafie Apdal, teraju Parti Warisan Sabah, menggesa rakyat Sabah memaafkan Tun Dr Mahathir (Tun M) demi kebaikan negara nampak kurang mendapat sambutan dari Ahli politik dari pihak kerajaan dan pembangkang Sabah.
Dikatakan Tun dipersalahkan untuk Projek IC, suatu projek rahsia di mana ribuan orang asing diberi kerakyatan Malaysia dan menukar demograsi Sabah untuk memberi
kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.
kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.
Datuk Jeffrey Kitingan, yang menerajui Parti Solidariti Tanah Airku, tidak bersetuju.
Beliau berkata melupakan 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir bukan perkara yang mudah buat Sabah, dan perasaan benci pada bekas orang kuat Umno itu kekal hingga ke hari ini.
Tun M hanya berjuang untuk menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Jeffery.
Sentimen Jeffrey itu dikongsi Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Seri Teo Chee Kang, salah satu parti komponen BN. Beliau merupakan menteri tugas-tugas khas dalam kerajaan negeri.
Rakyat Sabah akan percayakan seorang pemimpin yang mengorbankan kepentingan negeri untuk kepentingan politik peribadi, melihat kepada kerosakan kekal yang sudah beliau lakukan pada Sabah iaitu mengubah demografi Sabah melalui Projek IC, kata Teo.
Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Seri Lajim Ukin, 2 parti komponen Gabungan Sabah, berkata kenyataan Shafie itu membuktikan beliau sendiri percaya Dr Mahathir ada melakukan sesuatu yang tidak betul.
Saya ingin tahu apakah yang Shafie rasakan kesilapan dan kesalahan yang perlu rakyat Sabah maafkan Tun M itu, kata Yong.
Sumber: FMT, Agensi
Comments
Post a Comment