Skandal 1MDB, Pengaruh Tun M tidak cukup goyahkan BN, Khususnya Di Sabah, Sarawak?

Penganalisis medan politik Malaysia di Singapura tidak yakin Pakatan Harapan mampu secara berkesan mengambil kesempatan daripada kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gabungan itu untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Mereka yang ditemubual portal Singapura, Today Online, berkata pengaruh Dr Mahathir, 92, dan pembangkang menghebohkan isu seperti skandal 1MDB tidak cukup untuk menggoyahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Belum dapat mengambil peluang untuk menonjolkan mereka sebagai alternatif berwibawa dan paling layak kepada rakyat Malaysia, katanya menurut laporan itu.
Sebaliknya, Umno-BN dan Najib sudah mengukuhkan kedudukan mereka… Sebab itu saya percaya kemenangan mudah dan jelas BN memadai sebagai suatu kejayaan, tambahnya.


Mereka menganggap ketidakpedulian terhadap Sabah dan Sarawak bermakna trend Dr Mahahir melayan Sabah dan Sarawak seperti anak tiri yang tidak diingini akan diteruskan sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14.
Tun M pernah mengakui beliau memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing dari selatan Filipina tetapi mempertahankan tindakannya kerana kata
beliau ia dibuat mengikut undang-undang.
beliau ia dibuat mengikut undang-undang.
Sumber: FMT,Agensi
Comments
Post a Comment