Tujuan Naikkan Kos, Kerajaan Sabah Veto Kajian Semula Tarif Elektrik?
Kerajaan Sabah tidak akan membenarkan kajian semula ke atas tarif elektrik di negeri itu, sekalipun dakwaan ia diperlukan bagi menangani masalah kewangan dihadapi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
Menteri pembangunan perindustrian itu berkata, Kabinet negeri sudah membenarkan 2 kajian semula dijalankan pada 2011 dan 2014, yang menyaksikan SESB meraih keuntungan secara konsisten sejak itu.
Menurut laporan kewangan SESB yang diterbitkan di laman web TNB, Tan berkata, SESB mencatatkan keuntungan RM96.7 juta pada 2014, RM98.7 juta pada 2015, RM128.7 juta pada 2016 dan RM44.7 juta tahun lalu.
Kata Tan, keuntungan itu perlu digunakan untuk manfaat rakyat Sabah, yang bermakna sebarang rancangan kajian semula perlu mengurangkan tarif, bukan menaikkan kadar itu.
“Jangan bimbang jika SESB berdepan insolvensi, masalah tunai…kami akan menelitinya, tetapi mereka tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan mengenai tarif. Menteri pun tidak boleh (berbuat demikian).
“Kami tidak peduli apa yang TNB atau menteri itu kata, mereka tiada hak. Ini adalah hak negeri dan sebarang keputusan akan diluluskan negeri kerana ini membabitkan rakyat dan kebajikan mereka.”
Mengulas isu bekalan dan pengagihan elektrik, katanya, ia adalah hak perlembagaan Sabah untuk berbuat demikian, seperti Sarawak.
Tan berkata, mana-mana syarikat utiliti boleh beroperasi di Sabah, tetapi hak mengawal selia adalah milik kerajaan negeri.
Menurut Tan, Kerajaan negeri sedang meneliti masalah itu secara serius, khasnya apabila ia mendapat keuntungan, SESB didakwa di ambang muflis, katanya.
Ia juga penting bagi memberi jaminan kepada rakyat Sabah yang SESB tidak boleh ditutup kerana itu bermakna negeri berkenaan akan terputus bekalan elektrik.
Kerajaan negeri turut mempertimbangkan menambah pegangan sahamnya dalam SESB melalui KKIP Power yang beroperasi sejak 1999.
Syarikat itu, katanya, mempunyai aset dalam kawasan KKIP bernilai RM200 juta dan meningkatkan kadar Saidi (Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem) di bawah 100.
Sumber: FMT, Agensi
Comments
Post a Comment