Penukaran 30,000 Pengundi Ke Tempat Lain Semenjak 2014 Diseluruh Sabah Amat Luar Biasa?



Baru-baru ini pihak Warisan mengumumkan bahawa parti itu mendapati lebih kurang 30,000 pemilih telah ditukar tempat mengundi mereka semenjak 2014 seluruh Sabah.
Menurut Setiausaha Agung parti Warisan, Lorreto Padua pemindahan pengundi ini amat luar biasa jika dibandingkan jumlah kecil pada RDPT 2 dan 3 (kurang dari 500 nama).
Secara logiknya, pemindahan sebegini tidak akan memperlihatkan jumlah yang besar jika pengundi sendiri memilih untuk bertukar ke pusat pengundian lain (berpindah tempat tinggal) .


Situasi ini amat membimbangkan kerana ada kemungkinan mereka ini adalah Pengundi Hantu atau mereka yang menjadi mangsa kepada perancangan rapi pihak tertentu untuk memenangi pilihan raya.

Selain itu parti Warisan juga telah mendedahkan terdapat lebih 5000 pengundi telah dipindahkan ke tempat pengundian lain di sekitar Sabah seperti Sepanggar, Putatan, Kota Kinabalu dan Putatan.
Manakala Parti Keadilan Rakyat(Keadilan) Sabah pula mendedahkan lebih 7000 pengundi telah dimasukkan ke DUN Api-Api semenjak dari tahun 2013 dan 1000 lebih pengundi di kawasan tersebut telah dipindahkan keluar daripada DUN tersebut.
Di Luyang, DAP Luyang mendapati terdapat 13 pengundi telah dipindahkan ke satu alamat dan tuan rumah tersebut tidak mengenali seorang pun daripada pengundi yang dipindahkan ke alamat beliau.
Menurut BERSEH 2.0, Isu ini bukanlah isu yang boleh diambil remeh oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan hanya mengatakan bahawa pihak-pihak yang tertentu perlu kemukakan bantahan rasmi kepada mereka.
Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seorang pemilih perlu bermastautin dalam satu-satu kawasan pilihan raya.
Perkara 119(4) pula menyatakan sekiranya pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk menukar pusat mengundi, maka namanya akan tetap dikekalkan di alamat asal tempatnya berdaftar.
Selain itu, dikatakan adakah pemilih yang dipindahkan pusat mengundi ini menyedari bahawa mereka telah dipindahkan
Pendedahan yang dibuat oleh DAP di Luyang menunjukkan bahawa pengundi tersebut telah dipindahkan pusat pengundian mereka tanpa pengetahuan mereka sendiri.
Ini juga akan mengakibatkan kekeliruan kepada pemilih yang dipindahkan pusat pengundian tanpa pengetahuan mereka yang kemudiannya menyebabkan mereka mungkin tidak akan turun melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang kerana faktor jauh dan sebagainya.

Sumber: Borneo Today, BERSEH Sabah, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian