Gandingan PH-Warisan Gugat Deposit Tetap BN Di Sabah?


Dengan ada nya bibit kerjasama Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah serta pembangkang tempatan yang lain, dijangka akan  menggugat deposit tetap BN di Sabah. Sejurus itu menjana gelombang ubah kerajaan.

Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt berkata, kerjasama Harapan Dan Warisan khususnya tidak disukai BN kerana mampu memberi kesan di kawasan bandar dan luar bandar sekaligus mengambil alih pentadbiran kerajaan.
DAP Sabah yakin untuk menang sekitar 10 kerusi (DUN dan Parlimen) di bandar manakala PKR juga mampu untuk memenangi beberapa kawasan campuran semi-urban dan kawasan KDM sekitar 10 kerusi, katanya.
Dengan gelombang yang kuat dari Warisan khususnya di kawasan masyarakat Bajau dan Suluk, ada 12 kerusi lagi mampu dimenangi parti itu dan wujud kemungkinan besar berlakunya pertukaran kerajaan, kata Ahli Parlimen Sandakan itu.
Kesediaan Harapan yang telah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan parti yang diterajui Shafie Apdal Januari lalu dilihat memberi gambaran positif terhadap kerjasama pembangkang utama di Sabah.
Ini termaksuk kenyataan Bendahari Agung Warisan, Terrence Siambun yang dilaporkan menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Menurut Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin, sejarah bakal tercipta di Sabah sekiranya Harapan dan Warisan mencapai kata sepakat menentang BN pada pilihan raya akan datang.
Inilah kali pertama kita akan melihat parti tempatan pembangkang utama bekerjasama dengan parti peringkat kebangsaan dalam politik pembangkang Sabah, kata Chan.
Gabungan ini akan dapat melenyapkan banyak kerusi UMNO yang selama ini merupakan deposit tetap kepada BN Sabah, seperti kerusi-kerusi (Parlimen dan DUN) di kawasan Pantai Timur, kata ADUN Sri Tanjung itu.
Kedudukan itu juga kata Foong Hin juga gabungan tenaga Harapan dan Warisan akan menjana momentum politik bukan sahaja di Sabah malah seluruh negara justeru akan memberi kesan dalam lanskap politik tanah air, kata Chan selanjutnya.

Sumber: RoketkKini, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian