Kerajaan BN Sentiasa Usaha Majukan Pendidikan Di Sabah?

"BN sangat komited bangunkan sekolah daif kepada sekolah lebih moden dan memasukkan unsur seperti bilik darjah abad ke-21",kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Najib selanjutnya, Kerajaan akan terus mempertingkatkan usaha dan komitmen memastikan bidang pendidikan di Sabah terus maju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Beliau berkata usaha memajukan bidang pendidikan sangat penting bagi memastikan rakyat Sabah berpeluang mempertingkatkan potensi diri ke tahap maksimum. 
Apa dilakukan kerajaan pada masa ini adalah untuk terus meningkatkan kemajuan bidang pendidikan dan proses pembelajaran dan pengajaran, katanya. 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Telipok.

SK Pekan Telipok dan SMK Pekan Telipok sebelum ini beroperasi di bangunan lama kira-kira 2km dari lokasi baharu dalam keadaan bangunan daif.
Bangunan baharu yang menempatkan 837 pelajar dan 58 guru SMK dan 704 pelajar serta 43 guru SK itu mula beroperasi 20 Februari lepas.
Sumber:  Bernama, FMT, Agensi




Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian