Pegawai Tertinggi Kerajaan Akan Dipecat Sekiranya PH Menangi PRU14?
Beberapa pegawai tertinggi kerajaan dijangka akan dipecat sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, demekian kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Dalam satu laporan oleh The Malaysian Insight (TMI) baru-baru ini, beliau berkata pegawai akan dikeluarkan dari pejabat mereka dalam tempoh 30 hari.Kata Mukhriz tiada masalah memihak kepada kerajaan hari ini tetapi ada dikalangan mereka telah melindungi penjenyah yang sepatutnya masuk penjara.
Pada kami, (Datuk Seri Najib Razak) adalah seorang penjenayah, kata Mukhriz
Kata bekas menteri besar Kedah, itu, penjawat awam, tanpa mengira kedudukan, harus bekerja demi kepentingan rakyat.
Dalam manifesto PH yang tercatit dalam 'Buku Harapan', pelantikan pegawai kanan kanan perlu diluluskan oleh Parlimen, sebelum mereka dikemukakan untuk persetujuan Yang di-Pertuan Agong, katanya.
Sumber: New Straits Times Press (M) Bhd, Agensi

Comments
Post a Comment