Pembangkang Hanya Pandai Berjanji Madu Beracun?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, janji kerajaan BN dalam menyelesaikan segala permasalahan rakyat bukan dengan janji palsu, tetapi terbukti dengan pelbagai pelaksanaan projek untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
kerajaan BN berjaya menunaikan 97.6% janji daripada kandungan manifesto yang dibentangkan pada pilihan raya umum ke-13, katanya
Manakala janji parti pembangkang sekadar “madu beracun” kerana gagal menunaikan janji kepada rakyat, termasuk menyelesaikan krisis air di Selangor.
Dikatakan, 2 juta penduduk di Selangor dalam keadaan sukar, air putus, tekanan rendah dan kualiti air yang buruk.
Najib turut menyifatkan Pakatan Harapan sebagai “pakatan hipokrit” disebabkan kenyataan lepas beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini yang pernah menjadi bekas pemimpin kerajaan BN.“Kenapa hipokrit? Masa dalam Umno, kawan yang mereka komplot hari ini pernah didakwa sebagai parti cauvinis, anti-Melayu, anti-Islam. Ini mereka cakap, kita ada rakaman waktu mereka cakap, mereka kutuk parti yang hari ini, (sekarang) mereka tidur sebantal, katanya.
Najib yang juga menteri kewangan berkata, ini juga terbukti dengan kenyataan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini yang menyatakan Malaysia berada di landasan betul ke arah menuju ekonomi maju.
Sumber: FMT, Agency
Sumber: FMT, Agency
Comments
Post a Comment