Persempadanan Semula Untungkan BN?

Adakah persempadanan semula kawasan pilihan raya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) berbanding parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14)?

Bagainamapun menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dakwaan itu tidak benar sama sekali dan berunsur propaganda politik semata-mata. SPR melaksanakan urusan persempadanan semula untuk kepentingan rakyat dan pengundi. Bukannya untuk kepentingan mana-mana parti politik.
Semua urusan dilakukan SPR adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

Buktinya, lebih 15 kes difailkan di mahkamah bagi mencabar urusan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya dijalankan SPR telah ditolak dan keputusan menyebelahi SPR.

SPR menyediakan syor dan mempamerkannya, namun setiap pihak yang layak berhak untuk membuat bantahan dan bantahan mereka itu didengari dalam sesi siasatan tempatan yang diadakan. SPR akan mengambil kira setiap cadangan yang relevan untuk perubahan syor.

Kemenangan seseorang calon atau mana-mana parti bukannya ditentukan oleh persempadanan tetapi ditentukan oleh pengundi. Semasa kita membuat kajian persempadanan, ia mengambil kira beberapa prinsip termasuk kemudahan kepada pengundi dan wakil rakyat. Apabila SPR menang kes di mahkamah, ada pihak menggesa semua pengundi keluar mengundi pada PRU14 nanti kononnya bagi mengurangkan kesan manipulasi persempadanan semula.

Ini jelas menunjukkan kuasa pengundi adalah penentu mutlak kepada kemenangan seseorang calon, bukannya persempadanan. Pengundi mempunyai kuasa mutlak memilih berdasarkan penilaian mereka terhadap calon, parti dan juga keyakinan mereka terhadap calon yang akan mewakili mereka.

Persempadanan semula hanya bertujuan menentukan kawasan pentadbiran pilihan raya dan memastikan kemudahan kepada pengundi serta wakil rakyat bukannya untuk memastikan kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak.

Jika dakwaan kononnya SPR menyebelahi parti BN dan boleh menentukan kemenangan parti itu, sudah pasti keputusan sebagaimana PRU12 dan PRU13 tidak berlaku di mana Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah jatuh ke tangan pihak parti lain. Kalaulah SPR bantu BN, sudah pasti mereka dapat menguasai 100% kerusi Dewan Rakyat atau dewan undangan negeri (DUN), namun itu semua tidak berlaku kerana SPR sebuah badan bebas dan berkecuali yang menjalankan pilihan raya dengan telus dan adil.

SPR sentiasa bersikap profesional dan tidak akan bertindak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan proses demokrasi.

Sumber: FMT

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian