Warisan Akan Kembalikan Tanah Felda Kepada Rakyat Sabah?


Sekiranya Parti Warisan Sabah menubuhkan sebuah kerajaan baru, ia akan mengarahkan Peguam Besar Negeri untuk mengkaji semula perjanjian yang ditandatangani dengan Felda dalam usaha untuk mengembalikan tanah-tanah kepada peneroka.
Menurut Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal, Felda mengaut keuntungan berjumlah jutaan ringgit setiap tahun dengan mengorbankan rakyat Sabah.

Felda telah mengaut keuntungan daripada 500,000 ekar yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat Sabah di Tungku, Lahad Datu,

Shafie berkata beliau difaham bahawa apabila Kerajaan Negeri memberi tanah itu kepada Felda, ia bertujuan untuk mewujudkan skim besar penempatan semula bagi rakyat yang tiada tidak ada di Sabah.

Tanah tersebut ada lah bertujuan untuk skim penempatan sebanyak 40,000 peneroka rakyat Sabah. Malangnya sejak tahun 1979 hingga 1982,Felda hanya berjaya menempatkan semula 1,647 peneroka, dengan hanya 25,000 ekar, kata Shafie.
Persoalan Shafie ialah apa yang terjadi pada bahagian baki tanah tersebut.

Felda telah membangunkan kawasan itu dengan kelapa sawit dan keuntungan yang diperoleh telah pergi ke Kuala Lumpur sepanjang tahun, tidak banyak memberi manfaat kepada Negeri Sabah, kata Shafie.
Ahli Parlimen Semporna itu juga berkata Kuamut seperti banyak kawasan luar bandar lain di Sabah mengalami masalah pemilikan tanah.

Justeru beliau berjanji bahawa dalam tempoh 100 hari berkuasa, Warisan akan memberikan hak milik individu kepada rakyat bukan teraskan konsep geran Komunal yang diaplikasikan oleh kerajaan negeri sekarang.

Sumber: Borneo Today, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian