Dua Kawasan Pilihan Raya BN Bergelora Sempenada Berhadapan PRU14?


Sempena menjelang PRU14 yang dijangka tidak lama lagi,  ada dua kawasan yang dilihat sebagi bergelora selain dari menjadi satu cabaran bagi BN khususnya BN negeri .
Kawasan yang dimaksudkan ada lah;
 
Dewan Undangan Negeri Matunggong (N.4) dan juga kawasan juga Sepangar (P.171).

Isu DUN Matunggong timbul bilamana Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin lalu menyentuh mengenai ‘peminjaman’ kerusi tersebut di pinjamkan kepada UMNO pada PRU14 akan datang.
Dalampada itu menurut sumber Ketua Menteri Sabah, Musa Aman mengesahkan bahawa Barisan Nasional (BN) Sabah akan tetap meletakkan calon daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Dengan itu,  kes tersebut boleh dikatakan sudah tutup; tidak perlu di pertikaikan.

Bagaimanapun penyelesaian kawasan Parlimen Sepangar masih lagi belum putuskan.
Ini berlaku bilamana Umno Sepanggar dikejutkan dengan pengumuman bahawa tujuh orang Ahli Jawatankuasa Bahagian itu melepaskan jawatan mereka yang berkuatkuasa dengan serta merta.
Diketuai oleh Azhar Matussin, mereka terdiri daripada Sahar Mantamin, Jamrin Wahid, Zaidi Atoh, Ladis Idris, Marino Ahmad dan Din Merin.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, mereka membuat keputusan untuk mengambil tindakan drastik atas beberapa faktor.
Faktor-faktor tersebut adalah:

1. Tiada keyakinan dan telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Umno Bahagian Sepanggar di bawah Pemangku Ketua Bahagian Datuk Yakub Khan.
2. Tindakan Yakub Khan menonjolkan Rahman Dahlan sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen P171 bagi menggantikan Datuk Jumat Idris seolah-olah tidak ada lagi calon lain yang berkelayakan di kalangan kepimpinan Umno Sepanggar hingga terpaksa membawa masuk calon yang sememangnya sudah tidak popular di kawasan yang diwakilinya sebelum ini
3. Tindakan Yakub Khan selaku pemangku Ketua Bahagian mengarahkan semua cawangan, Pergerakan Wanita Bahagian dan Pergerakan Puteri Bahagian supaya tidak menghadiri semua program anjuran Pejabat Parlimen Sepanggar adalah tidak bertanggungjawab dan membelakangkan semangat setiakawan dikalangan ahli Umno Sepanggar dan mengakibatkan berlakunya perpecahan di kalangan ahli dan seterusnya melemahkan semangat mereka
4. Terdapat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pejabat bahagian samada dalam ucapan rasmi, perbualan biasa dan aplikasi teks WhatsApp/SMS begitu mencabar kesabaran ahli-ahli Umno yang tidak sehaluan dengan mereka untuk segera meninggalkan Umno kerana yakin lebih ramai yang akan menyertai Umno bagi mengganti tempat mereka. Ini menyebabkan ramai ahli Umno yang telah beralih kepada parti pembangkang.
Bagaimanapun, dalam kenyataan itu, Azhar tidak menyatakan samada mereka akan meninggalkan Umno atau akan menyertai parti lain.
Dalampada itu Jumat Idris selaku mantan Ahli Parlimen Sepangar mendakwa beberapa ahli Umno Sepanggar cuba memburukkannya untuk mempromosikan diri bagi jawatan dalam parti.  
Jumat yang digantung Umno menafikan penglibatannya dengan tindakan 7 ahli jawatankuasa bahagian itu yang menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan), semalam.
Beliau mengkritik ahli Umno yang mendakwanya mendalangi tindakan keluar parti itu dan berkata, beliau bosan dengan tindakan mereka yang melawannya secara terbuka dalam parti.
Jumat bagaimanapun enggan mengesah atau menafikan beliau akan meninggalkan Umno untuk menjadi calon bebas atau menyertai parti lain.

Sumber: FMT, Borneo Today, Agensi berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian