Formula Kerusi Warisan Lebih Teruk Dari BN?


Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datu Seri Wilfred Bumburing berpendapat Formula kerusi Warisan lebih teruk dari BN. Beliau merujuk kepada laporan mengatakan Warisan dan Pakatan Harapan (PH) Sabah sudah memuktamadkan agihan kerusi,
Dikatakan Warisan mahukan jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding apa yang dipegang Umno, iaitu 31 daripada 60 kerusi.
“Saya terima maklumat Warisan mahu 42 kerusi, bersamaan 72% daripada semua kerusi,” kata Wilfred Mojilip.
Menurut Wilferd Mojilip, di semenanjung pun tidak ada satu pun parti komponon pembangkang memonopoli kerusi tetapi formula yang Warisan cadangkan lebih teruk daripada formula BN dan tidak mencadangkan perubahan positif untuk menarik pengundi.
Datuk Shafie Afdal semalam dilapur mengumumkan rundingan kerusi antara Warisan dan PH sudah dimuktamadkan.
Menurut sumber, Ahli Parlimen Semporna itu berkata PCS dan sekutu Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAN) tidak termasuk dalam perjanjian itu tetapi terpulang kepada parti PCS untuk memulakan rundingan.
Dalampada itu, beberapa minggu lepas, Shafie menafikan partinya tamakkan kerusi, seperti yang didakwa Wilfred Mojilip.
Beliau tidak tahu dari mana Adun Tamparuli peroleh angka jumlah kerusi yang dikatakan diingini Warisan.
Bagaimanapun dikatakan PCS masih terbuka untuk berunding dengan Warisan tetapi syarat Warisan mereka haruslah berlaku adil terhadap  pengagihan kerusi dipersoalkan.
“Kami hanya mahu kerusi Kadazandusun Murut (KDM) dan bukan kerusi-kerusi Melayu atau kawasan di pantai timur, di mana Warisan akan bertanding,” 
“Jika mahu kami bersetuju dengan pengagihan kerusi dengan Warisan dan benarkan kami bertanding di kerusi KDM dan mereka boleh ambil kerusi lain", kata Wilfred Mojilip.

Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian