Jangan Merajuk, Jangan khianat Parti Kalau Di Gugurkan Atau Tidak DiCalonkan?

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berpesan agar semua ahli parti komponen BN termasuk Umno agar jangan merajuk dan mengkhianati parti pada pilihan raya umum dkiras nyas tdigugurkan atau pun tidak terpilih sebagai calon pada PRU14 nanti.

Kita mesti pandang ke hadapan. Kita tahu bahawa ‘survival’ kita, walau marah macam mana pun, kalau tak suka perdana menteri pun tak apa, tetapi jangan runtuhkan parti kesayangan kita. Selagi ada parti, kita boleh meneruskan perjuangan.

Parti ini parti keramat yang banyak berjasa termasuk kepada perdana menteri 22 tahun itu. Dia tak kuat, saya pun tak kuat. Dia jadi kuat sebab Umno. Dia tidak boleh khianat pada Umno sepatutnya. Jasa Umno terlalu banyak kepada dia dan anak-anaknya.

Ini kerana perjuangan Umno dan BN yang mempertahankan dia selama ini…Ini dia sanggup nak jatuh, bunuh dan runtuh parti yang banyak berjasa selama ini. Itu saya tidak dapat terima.

Ini bukan soal peribadi. Ini bukan soal siapa menjadi calon. Fikir masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita, kata Najib.

Sementara itu, Najib berkata pihak pembangkang, khususnya DAP yang menjunjung prinsip demokrasi sebenarnya gagal mengikuti prinsip itu.

Beliau mengambil contoh Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon kerana bercakap benar dan melawan kehendak pemimpin.

“Dia cakap benar dan kena buang (digugurkan sebagai calon). Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dalam isu 1MDB, dia kata perdana menteri tidak buat apa-apa salah. Dia cakap benar dan dia tidak dicalonkan.
“Siapa lawan kehendak pemimpin utama memang tidak boleh… mana ada demokrasi dalam parti itu,” katanya.

Sumber: FMT


Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian