Musim Berjanji Sudah Tiba; Pemimpin Yang Jujur Perlu Di Pertahankan?

Tidak lama lagi rakyat akan membuang undi menentukan parti politik mana yang layak menerajui Kerajaan Negeri atau pun kerajaan Perseketuan, Malaysia.

Pasti nya semua parti politik sedang berusaha keras untuk menyakinkan pengundi dengan pelbagai cara agar undi itu diberikan kepada mereka.

Ketiga-tiga gabungan politik utama iaitu BN, Pakatan Harapan, Gagasan Sejahtera, Warsian dan lain-lain parti pembangkang di Sabah juga sudah pun melancarkan manifestonya masing-masing untuk memancing undi.

Ada yang berpendapat bahawa rakyat atau lebih jelas lagi penggundi ada lah diibaratkan sebagai ikan-ikan yang berenang di dalam tasik. Parti-parti politik dan ahli politik adalah para pemancing dalam pertandingan memancing.

Siapa yang dapat mengail ikan paling banyak akan menang. Oleh itu, segala apa cara akan digunakan untuk mengumpan ikan tanpa batas.

Perkara yang paling dahsyat di dalam kempen pilihanraya ialah perang saraf terhadap rakyat dengan agenda-agenda meraih undi rakyat melalui pelbagai cara.

Antara yang paling lazim dan efektif yang sering dilakukan ialah dengan menggalakkan pengundi yang berdaftar pulang dengan bantuan insentif sebelum hari pengundian agar dapat mengundi.

Demi memenangi undi rakyat, ada parti dan ahli-ahli politik yang sudi menabur pelbagai janji. Ini termasuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekira nya menang PRU nanti.

Selain itu, sering mewr-warkan isu peningkatan kos sara hidup rakyat.

Dalampada itu, di negeri Sabah isu tuntutan autonomi juga tidak kurang juga hangatnya di perbahaskan dalam ceramah disana sini, dengan harapan rakyat akan memilih parti mereka sebagai perihatin terhadap masa depan rakyat Sabah.

Ruangan komen di media sosial alternatif pula selalu digunakan untuk menimbulkan persepsi palsu bahawa satu-satu pandangan itu bersifat pandangan majoriti.

Wal hal tujuan nya ada lah semata-mata meraihkan undi rakyat sehingga menempatkan pemimpin yang layak disokong di pesongkan, malah dibenci.

Selalunya  pemimpin politik yang jujur susah untuk hidup lama di dalam politik. Justeru, golongan inilah yang rakyat perlu bantu dan jaga dengan memberikan undi kepada mereka.

Sumber: Agensi Berita, Komentar Politik Media Sosial

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian