Ratu Cantik Calon Pilihan Warisan Di DUN Kiulu?



Jo-Anna Sue Henly Rampas hari ini telah di sahkan oleh Presiden parti Warisan sebagai calon yang bertanding di DUN N.11 Kiulu pada PRU14 yang diadakan tidak lama lagi.

Antara yang akan menjadi tumpuan di Sabah ada lah pertandingan ini menemukan bekas wartawan dengan bekas ratu cantik.

Dikatakan, selain memiliki wajah jelita, Jo Anna juga pernah menyandang Naib Juara Bintang RTM pada tahun 2009 selain .

Menurut sumber, Jo Anna mempunyai kelulusan Undang-Undang di University of London dan Master of Law dari University Of West England.

Jo Anna, 29, yang turut aktif menyanyi sebelum ini, berkata dia sedia menggalas tanggungjawab jika dipilih menjadi wakil rakyat DUN kiulu.

Dalampada itu, Ketika dihubungi, Joniston, 55, berkata beliau sedia berdepan sesiapa sahaja di DUN Kiulu.

Selama sepenggal mewakili DUN Kiulu, beliau percaya penduduk mahu melihat pembangunan dan kemajuan berterusan di kawasan berkenaan pada masa depan.
Pada PRU-13, Joniston menang kerusi DUN Kiulu dengan menewaskan calon PKR, Rhodes Panilau dengan hanya kelebihan 44 undi dalam saingan empat penjuru yang turut disertai calon Parti Maju Sabah (SAPP), STAR dan Bebas.

Sumber: Agensi Berita, Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian