Tuntutan Hak MA63, Manifesto Utama BN Sabah?



Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata hak-hak Sabah bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diberi keutamaan dalam 20 perkara dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Sabah untuk pilihan raya akan datang.

Memelihara hak dan kepentingan Sabah dalam MA63 teratas dalam agenda BN dan diperingkat negeri, kita akan memastikan komitmen yang dilafazkan itu ditunaikan oleh kerajaan persekutuan,  kata Musa Aman.

Menyentuh tentang manifesto selanjutnya  Musa berkata kerajaan negeri juga mahu;
 

2) Mewujudkan peluang pekerjaan yang saksama dan meningkatkan projek pembangunan di kawasan luar bandar.

3) Melipatgandakan komitmen untuk perlindungan alam sekitar ke arah ekonomi hijau.

4) Merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar melalui Koridor Pembangunan Sabah yang merentasi setiap daerah.

5) Komitmen untuk pembangunan wanita dan kesaksamaan gender. 

6) Pembangunan belia dan sukan menjadi keutamaan kita. 

Kita mahu melahirkan lebih ramai Rayzam Shah, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017.

Musa Aman menambah, BN mengiktiraf industri kreatif sebagai sumber ekonomi baru dan akan berusaha memperluaskan capaian jalur lebar.

Bercakap tentang parti pembangkang di Sabah, Musa Aman mengingatkan rakyat agar ‘do not change for the sake of change’. Kerana ubah tidak semestinya menjamin kebaikan. Ada ubah yang membawa rebah, kerana ubah ada negara menjadi abu, katanya.

Sumber: FMT, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian