Warisan Jadi Boneka PH?


Menurut Tan Sri Musa Aman, Shafie Apdal kini bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad yang gagal menjaga kebajikan rakyat Sabah ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun juteru melayakkan parti beliau menjadi boneka PH.

Musa Aman mendakwa Shafie Apdal mempergunakan isu MA63 untuk memperbodohkan rakyat dan meraih faedah politik untuk mencapai impiannya.

Dakwaan Parti Warisan Sabah (Warisan) akan menjadi pemain utama sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah impian tidak akan menjadi kenyataan.

Beliau berkata, adalah ironis bagi presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal bercakap tentang memperjuangkan keperluan rakyat, sedangkan beliau gagal melaksanakan tanggungjawab dalam kementeriannya dan di kawasan diwakilinya semasa menjadi menteri Kabinet persekutuan.

Katanya, jelas sifat hipokrit Shafie yang tiba-tiba mahu memperjuangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedangkan beliau tidak berbuat demikian semasa mempunyai autoriti dalam kerajaan dan berhubung rapat dengan mereka yang berkuasa seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, semasa Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri, beliau memberi pengiktirafan kepada Hari Malaysia pada 16 September dengan mengisytiharkannya sebagai cuti umum kebangsaan.

Malah, beliau turut meminta ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani kehadiran sejumlah besar pendatang asing tanpa izin di Sabah dan bersetuju ditubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tinggi untuk menyelesaikan isu MA63, kata Musa Aman.

Beliau berkata, Shafie tidak sepatutnya mengelirukan dengan mempertikaikan konsep diplomasi senyap (berbisik-bisik)  dan membawa isu itu ke meja perundingan untuk dibincangkan menurut perintah kerajaan persekutuan dan perdana menteri.

Musa Aman selanjutnya berkata, dengan menjalin hubungan rapat dengan kerajaan persekutuan memberi laluan kepadanya untuk membangkitkan isu Sabah dan pembangunan diperlukan dengan Najib, lalu membolehkan beliau memohon peruntukan besar bagi pembangunan sosio ekonomi dan projek berimpak tinggi di negeri ini..

Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian