Keputusan PRU14 Di Sabah Dalam kebuntuhan: Tiada Pemenang Jelas?

Barisan Nasional (BN) Sabah dan Parti Warisan Sabah selaku parti utama mengetuai gabungan, masing-masing memenangi 29 kerusi DUN.
Keputusan ini meletakkan dua gabungan itu dalam kebuntuan untuk membentuk kerajaan.
Dalampada itu, jumlah yang di menangi oleh BN ada lah ; Umno memenangi 17 kerusi, PBS memenangi enam, Upko memenangi lima manakala PBRS memenangi satu.
Sementara itu Warisan selaku parti utama dalam gabungan (Warisan, PH) telah memenangi 20 kerusi, DAP memperoleh enam kerusi dan PKR memenangi tiga kerusi.
Dua daripada 60 kerusi DUN tersebut bertempat di Tambunan dan Bingkor telah dimenangi oleh Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Pasti nya 2 ADUN dari STAR ini pasti nya berperanaan penting dalam membentukkan kerajaan negeri Sabah.
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang akhbar di kediaman beliau di Kota Kinabalu, menasihatkan semua penyokong Warisan untuk bertenang.
"Saya telah berhubung dengan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) dan (Datuk) Wan Azizah (Wan Ismail) serta pemimpin DAP. Kami mahu membentuk kerajaan yang akan datang, "katanya.
Bagaimanapun keputusan yang hakiki komponen parti yang mana kah yang akan membentuk kerajaan negeri Sabah kita hanya ketahui dalam jangka sehari dua ini.
Sumber: NST, Agensi Berita
Comments
Post a Comment