6 Lantikan YB Tambahahan DUN Sabah Terdiri Dari Golongan Professional?

 
Ditanya sama ada beliau akan mengisi jawatan enam anggota dewan yang disandang seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri untuk mengukuhkan kedudukannya, Ketua Menteri yang baru dilantik Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tidak ada keperluan segera bagi perkara itu. 
Bagaimanapun sekira nya ia nya perlu ia nya akan diisikan dengan melantik beberapa orang terdiri dari profesional yang kita tidak terlibat  dalam pilihan raya kerana mereka tidak dikenali atau tidak mempunyai sokongan, tetapi mereka mempunyai kemahiran untuk meningkatkan lagi pentadbiran kerajaan, katanya.

Dalampada itu, Shafie berkata, beberapa kementerian dijangka akan di kemas-kini termasuk pembentukan dua kementerian baru di bawah kerajaan negeri.

Akan ada beberapa perubahan bukan sahaja dalam pengendalian dan pelaksanaan projek tetapi juga penyusunan semula jabatan-jabatan di bawah kementerian-kementerian baru dalam masa terdekat ini, kata Shafie.
Shafie berkata beliau akan melawat pelbagai jabatan kerajaan tidak lama lagi kerana beliau merasakan sebahagian daripada mereka perlu disusun semula.

Sumber; Agensi berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian