Mahkamah Tinggi Sahkan Shafie Layak Bertanding PRU14 Hari Ini

Di celah-celah kesibukan rakyat Malaysia turun menggundi, satu berita yang agak menarik untuk di kongsi khusus nya bagi penyokong Warisan.
Berita yang dimaksudkan ia lah usaha untuk menghalang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) oleh Datuk Mohd Ainal Abdul Fattah gagal kerana ia nya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, kelmarin.
Hakim Azhahari Kamal Ramli membuat keputusan itu berhubung permohonan ex-parte yang difailkan pada 17 April oleh ahli jawatankuasa (AJK) Umno Mohd Ainal Abdul Fatta.
Azhahari Ramli mengetepikan permohonan semakan itu kerana ia didapati remeh dan tidak berasas.Azhahari juga turut memerintahkan pemohon membayar RM10,000 kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dinamakan sebagai responden pertama dan kedua dalam permohonan itu.
Mohd Shafie mempertahankan kerusi Parlimen Semporna serta turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang pada PRU14 ini
Sumber: FMT, Agensi Berita
Comments
Post a Comment