Mansuh GST, Kembali Subsidi Minyak Tidak Jejas Ekonomi?

Dikatakan kerajaan baharu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memastikan pemansuhan GST dan pengenalan semula subsidi minyak tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia.
Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan itu yakin langkah memansuhkan GST dan mengembalikan semula subsidi minyak kerana mempunyai kepakaran dan pengalaman berkaitan.
“Kami perlu melakukan analisis mengenai GST dan subsidi minyak. Selepas GST dimansuhkan, yang paling penting kita dapat menghapuskan rasuah dan pembaziran serta menjadi lebih cekap. Kami telah melakukannya sebelum ini, (selama) 57 tahun tidak ada GST…tiada masalah.” Kata bekas Menteri KewanganTun Daim Zainuddin.
Dengan menghapuskan GST, ada yang berpendapat hutang meningkat, namun menurut Daim ini adalah sekadar spekulasi yang tidak wajar. Ia merupakan tindak balas normal apabila kerajaan baharu mengambil alih.Bagaimanapun Daim tidak akan mendedahkan bagaimana kerajaan akan mengimbangi pengurangan daripada pemansuhan GST dan pengenalan semula subsidi minyak.
Dalam usaha menangani pehapusan GST ini majlis tersebut akan memanggil pegawai di kementerian untuk memberi taklimat kepada mengenai projek mega, hutang negara, tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan – Tabung Haji, Mara dan Felda.
Mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Daim mendedahkan bahawa satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan dengan segera bagi tujuan itu di bawah bidang kuasa Majlis Penasihat Kerajaan.
Majlis itu sudah mengenal pasti mereka yang dapat membantu dalam siasatan tersebut dan mendapatkan semula berbilion dolar yang didakwa dicuri daripada dana itu, katanya.
Menyelesaikan kemelut 1MDB merupakan antara janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya umum ke-14.
Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan penubuhan majlis itu, antara lainnya, akan membantu kerajaan baharu melaksanakan janji-janji yang PH berjanji untuk memenuhinya dalam tempoh 100 hari dalam pentadbiran
Sumber:: FMT, Agensi Berita
Comments
Post a Comment