Musa Aman saman TYT, KM: Shafie Bilang Sila Kan?


Tan Sri Musa Aman, kelmarin memfailkan saman terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Saman berkenaan difailkan menerusi firma guaman Messrs FT Ahmad & Co, bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukkan undang-undang.
Saman berkenaan juga mendakwa bahawa pengakuan sumpah Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri oleh Yang di-Pertua Negeri adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.
Katanya, mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, kedua-dua defendan mempunyai tempoh masa 14 hari untuk memberi maklum balas kepada writ berkenaan.
Bagaimanapun Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung writ saman yang difailkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu.
Shafie berkata, beliau sedia maklum mengenai peraturan itu, namun katanya, ada dokumen dan bukti terdahulu yang boleh dijadikan rujukan dalam menangani isu berkenaan.
"Peraturan memang ada, kita sedar dan tahu akan perkara ini. Saya akan bawa dokumen dan bukti terdahulu ketika zaman Tan Sri Pairin Kitingan mengangkat sumpah membentuk kerajaan (pada 1994).
"Ketika itu, antara yang mengangkat sumpah termasuklah Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Dompok serta beberapa pemimpin tempatan lain.
"Bagaimanapun, akhirnya beliau (Pairin) bersikap 'gentleman' selepas menyedari kehilangan sokongan majoriti ahli DUN, selain menerima pandangan dan nasihat daripada TYT (Tuan Yang Terutama) ketika itu (Tun Said Keruak) sehingga membolehkan Tun Sakaran mengambil alih jawatan Ketua Menteri," katanya.
Sumber: FMT, Agenda berita

Comments

  1. ada baiknya 2 KM Sabah buka gelanggang di mahkamah.. sekurang2nya rakyat tahu apa tafsiran mahkamah berhubung peruntukan perlembagaan Artikel 6(1); 6(3) dan 6(7).

    adakah penghakiman dlm kes Nizar vs Zambri (Perak) boleh dijadikan precedence?

    Kita tunggu dan lihat.. ☕Cheers!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian