Musa Aman Yakin BN Akan Memperolehi Kejayaan Besar Dalam PRU14 Ini?



Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata rakyat Sabah sedar kerajaan BN yang baik dan membantu rakyat walau mereka berada di darat dan pulau.

Justeru mereka akan terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan mereka kepadanya sepanjang lawatannya ke beberapa tempat di negeri ini selepas penamaan calon PRU14 Sabtu lepas.

Selain itu ia nya  dibuktikan setelah beberapa pemimpin dan anggota parti pembangkang di beberapa daerah di negeri ini bertindak keluar parti dan menyokong BN baru-baru ini jelas membuktikan mereka sedar bahawa perjuangan parti pembangkang tidak ikhlas.

Selanjutnya menurut Musa, pemimpin BN ada rekod baik dalam melaksanakan pembangunan untuk rakyat kerana selama ini kerajaan senentiasa mengotakan janji yang diberikan kepada rakyat.

BN akan meneruskan perjuangan melaksanakan pembangunan di negeri ini dan membela nasib rakyat yang merupakan agenda berterusan, kata Musa.

Sumber: Sabah Times, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian