Rafidah, Rais, Daim Berkerat Rotan Berpatah Arang: Secara Terbuka Kritik BN ?

Mungkin sudah terlalu lewat bagi Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor untuk memberi amaran atau mengambil sebarang tindakan kepada veteran parti, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Rais Yatim dan Tun Daim Zainuddin atas kritikan terbuka mereka terhadap Barisan Nasional (BN).
Dari kenyataan 3 veteran parti tersebut jelas bahawa mereka telah mengambil langkah berkerat rotan berpatah arang dan berkemungkinan sudah bersedia tidak akan kembali kepangkuan UMNO sekira nya BN kembali memerentah selepas PRU14 ini.
Isu ini timbul bilaman Rafidah sebelum ini menyeru rakyat menolak BN dan memberi mandat mentadbir negara kepada Pakatan Harapan (PH).
Dalam masa yang sama, Daim juga secara terbuka menyokong pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bakal bertanding di Langkawi, dan beberapa calon PH lain, mengatakan ia bagi memastikan masa depan lebih baik untuk generasi akan datang.
Rais pula baru-baru ini mengkritik tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuang gambar Dr Mahathir daripada papan iklan pembangkang.
Beliau juga menyoal mengapa SPR membenarkan gambar pemimpin China, Xi Jinping di papan iklan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata bahawa sebagai setiausaha agung, beliau tidak dapat bertoleransi dengan perkara mengarut sebegini.
Tambahnya, ketiga-tiga bekas menteri itu boleh dibuang parti
Sumber: FMT, Agensi Berita
Comments
Post a Comment