Shafie Janji Akan Agihkan Kekayaan Sabah kepada Semua Kaum?
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie, yang juga Menteri Kewangan negeri akan memastikan rakyat Sabah tidak ada yang ditinggalkan dalam kerajaan negeri; Parti Warisan Sabah - Pakatan Harapan.
Semua sumber-sumber negeri akan diagihkan kepada semua rakyat Sabah tanpa mengira kaum, agama dan asalnya, kata Shafie.
Selain itu, beliau juga mengsahkan bahawa beliau juga akan memastikan bukan sahaja masjid-masjid dibina, tetapi juga tempat ibadat untuk agama lain.
Shafie berkata beliau telah memberi peringatan keras kepada menteri-menteri untuk tidak berubah menjadi kaya selepas berkuasa disebaliknya terus menjalani kehidupan sederhana walaupun pemegang status menteri.
Sekira nya itu berlaku menteri yang terlibat akan di hentikan perkhidmanatan sebagai menteri dalam kabinet beliau.
Dalampada itu, Shafie juga merayu kepada rakyat untuk memberi kerajaan beliau masa untuk meletakkan kewangan negeri di landasan yang betul.
Sumber: Agensi Berita


Comments
Post a Comment