Tidak Ada Gunanya Sabah Kaya Dengan Duit Tetapi Rakyat Nya Tiada Kerja - Shafie?

Tanpa menghiraukan cerita-cerita pembangkang yang konon nya Tan Sri Musa Aman akan muncul dimahkamah pada 19 June 2018 ini untuk menuntut melalui mahkamah sebagai Ketua Menteri yang sah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie meneruskan tugas beliau selaku Ketua Menteri Sabah.
Apa yang menarik ia lah Shafie ingin melihat perkembangan industri kayu-kayan tempatan agar membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.
Tidak ada gunanya kita kaya dengan duit tetapi rakyat kita tiada kerja, kata Shafie.
Dalampada itu, Kerajaan Sabah akan mengkaji semula semua konsesi pembalakan di negeri ini termasuk termasuk Unit Pengurusan Hutan (FMU) bagi membolehkannya mengambil langkah tertentu untuk menangani pelbagai isu berkaitan kawasan konsesi berkenaan.
Banyak isu berbangkit seperti kes kematian gajah yang mungkin ada kaitan secara langsung dengan pemegang konsesi, atau penebangan kayu-kayan di kawasan tadahan air, kata Shafie.
Katanya walaupun mungkin kawasan konsesi pembalakan berkenaan merupakan penyumbang kepada hasil negeri namun ia tidak boleh dibenarkan jika menimbulkan masalah alam sekitar kepada negeri Sabah.
Sumber: FMT, Agensi Berita
Comments
Post a Comment